Monday 21 May 2012

# NOTA TINGKATAN 4

# NOTA TINGKATAN 4

BAB 1

KONSEP & PRINSIP PERAKAUNAN ASAS

KITARAN PERAKAUNAN


BAB 2
ASET , LIABILITI & EKUITI PEMILIK

HASIL & BELANJA

BAB 3

DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER REKOD PERAKAUNAN



BAB 4

BUKU CATATAN PERTAMA


BAB 5

LEJAR

Jenis Akaun Lejar
1. Lejar merupakan buku akaun yang digunakan untuk merekod sesuatu urus niaga.
2. Jenis akaun lejar adalah seperti yang berikut :




BAB 6
IMBANGAN DUGA


1. Imbangan Duga ialah satu senarai saki baki debit dan kredit yang diambil daripada akaun-akaun dalam
    lejar dan buku tunai pada satu tarikh tertentu.

2. Fungsi Imbangan Duga :
     (a) menyemak ketepatan catatan bergu
     (b) menyemak ketepatan pengiraan dalam lejar dan buku tunai
     (c) memudahkan penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

3. Jenis-jenis kesilapan dalam Imbangan Duga :
     (a) kesilapan ketinggalan sesuatu urus niaga
     (b) kesilapan prinsip
     (c) kesilapan komisen - urus niaga direkod dalam akaun perorangan yang salah
     (d) kesilapan catatan asal - kesilapan amaun dari buku catatan pertama diposkan ke lejar
     (e) kesilapan saling mengimbangi
     (f ) kesilapan songsang - sesuatu urus niaga direkod dalam akaun yang betul tetapi di sebelah yang salah



Sunday 13 May 2012

# NOTA TINGKATAN 5

# NOTA TINGKATAN 5

BAB 1 - AKAUN KAWALAN



Akaun Kawalan Penghutang

1. Akaun yang disediakan dalam lejar am untuk mewakili semua akaun penghutang yang terdapat dalam    
    Lejar Jualan

2. Format Akaun Kawalan Penghutang 



Akaun Kawalan Pemiutang

1. Akaun Kawalan Pemiutang merupakan akaun yang disediakan dalam lejar am untuk mewakili semua akaun pemiutang yang terdapat dalam Lejar Belian

2. Format Akaun Kawalan Pemiutang



BAB 2 - PEMBETULAN KESILAPAN



 BAB 3 - PERAKAUNAN UNTUK TUNAI

Penyata Penyesuaian Bank

1. Penyata Penyesuaian Bank merupakan suatu memorandum yang bertujuan untuk menyesuaikan baki di  
    buku tunai dengan baki di penyata bank.

2. Tujuan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank :
     (a) menyelaraskan baki buku tunai dengan baki penyata bank yang berbeza
     (b) memastikan ketepatan rekod dalam buku tunai
     (c) mengemaskinikan buku tunai
     (d) menentukan nilai jualan tunai sebenar di dalam bank.

3. Sebab wujudnya perbezaan baki buku tunai dan penyata bank :
     (a) catatan dalam buku tunai tidak terdapat dalam penyata bank
           i) cek belum dikemukakan 
          ii) deposit belum dikreditkan
         iii) kesilapan dalam buku tunai

      (b) catatan dalam penyata bank tidak terdapat dalam buku tunai
           i) penerimaan oleh bank (bagi pihak pelanggan)
          ii) pembayaran oleh bank (bagi pihak pelanggan)
         iii) cek tak layan tetapi belum dimasukkan ke dalam buku tunai




Belanjawan Tunai
 1. Belanjawan Tunai merupakan satu perancangan kuantitatif yang menunjukkan jangkaan penerimaan dan 
     pembayaran tunai bagi suatu tempoh tertentu.
2. Jika aliran keluar tunai melebihi aliran masuk tunai maka perniagaan akan menghadapi masalah aliran 
    tunai.

3. Kepentingan belanjawan tunai :
     (a) menunjukkan keupayaan tunai perniagaan sama ada mampu membayar perbelanjaan pengurusan 
           perniagaan serta menjelaskan hutangnya.
     (b) untuk merancang dan mengawal penggunaan dan membelanjakan wang mengikut keutamaan serta  
           berjimat cermat
     (c) membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi masalah kekurangan tunai
     (d) maklumat tentang jangkaan penerimaan dan pembayaran tunai dan baki tunai dapat diketahui.
     (e) menjadi panduan kepada pihak bank untuk meluluskan pinjaman
     (f) membolehkan perniagaan membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang   
          sebenar dengan anggaran yang telah dibuat dalam belanjawan.


BAB 4 - PERKONGSIAN

Akaun Semasa
1. Akaun semasa merupakan akaun yang menunjukkan tuntutan perkongsian terhadap pekongsi dan 
    tuntutan pekongsi terhadap perkongsian

2. Format Akaun Semasa adalah seperti berikut :



Pembubaran Perkongsian




BAB 5 - SYARIKAT BERHAD

Syarikat Berhad



Dividen

1. Dividen merupakan sebahagian keuntungan yang diagihkan oleh syarikat kepada pemegang saham

2. Cara pengiraan dividen :


3. Jenis-jenis dividen :
     (a) Dividen Interim
         i) Dividen yang diagihkan sebelum tamat tempoh perakaunan iaitu sebelum keuntungan diketahui.
        ii) Selalunya diberikan oleh syarikat yang kukuh dan telah pasti tentang keuntungan perniagaan 

     (b) Dividen Akhir
         i) Dividen yang diisytiharkan setelah keuntungan diketahui dan dibayar kepada pemegang saham         
            pada  tempoh perakaunan berikutnya.
        ii) Bagi dividen saham keutamaan,sekiranya telah dibayar dividen interim,dividen akhir dibayar hanya   
            setakat kadar yang belum diisytiharkan sahaja.


Cara merekod Terbitan Saham




BAB 6 - KELAB DAN PERSATUAN

Akaun Yuran

1. Sumber utama pendapatan sesebuah kelab dan persatuan ialah yuran.

2. Yuran terdiri daripada :
    (a) yuran masuk
    (b) yuran tahunan/bulanan
    (c) yuran pertandingan

3. Format Akaun Yuran adalah seperti berikut :

 


Akaun Pendapatan & Perbelanjaan

1. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan ialah akaun yang mencatatkan penerimaan wang tunai dan  
    pembayaran wang tunai.
2. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan juga dikenal sebagai Akaun Wang Masuk dan Akaun Wang Keluar
3. Format Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan :
                 * Lebihan berlaku apabila pendapatan hasil melebihi perbelanjaan hasil
                 * Kurangan berlaku apabila perbelanjaan hasil melebihi pendapatan hasil.


BAB 7 - REKOD TAK LENGKAP 

1. Rekod tak lengkap ialah rekod perakaunan yang tidak sempurna atau tidak direkod mengikut sistem  
    catatan bergu.Oleh itu penyata kewangan perniagaan tidak dapat disediakan.

2. Punca rekod tak lengkap :
     (a) dokumen perniagaan tidak difailkan untuk tujuan merekod
     (b) kurang kemahiran dalam sistem catatan bergu
     (c) rekod perniagaan musnah akibat bencana alam
3. Kelemahan rekod tak lengkap :
     (a) imbangan duga tidak dapat disediakan untuk menguji ketepatan merekod
     (b) untung atau rugi yang dikira adalah tidak tepat
     (c) sukar mentafsir kedudukan kewangan perniagaan 
4. Terdapat dua kaedah untuk menentukan keuntungan perniagaan iaitu :
    (a) kaedah perbandingan modal
    (b) kaedah analisis


BAB 8 - PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN KOS

CONTOH SOALAN SPM

CONTOH SOALAN SPM

SOALAN KERTAS 3 PRINSIP PERAKAUNAN
View more documents from Anna Maria

FORMAT TERBARU

FORMAT TERBARU

FORMAT PERAKAUNAN BERMULA 2011
View more PowerPoint from Anna Maria

 
SOALAN KERTAS 3 PRINSIP PERAKAUNAN 2012
View more documents from Anna Maria

Saturday 12 May 2012

# PENGENALAN

# PENGENALAN

 BADAN PERAKAUNAN PROFESSIONAL

a)      Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) - MASB  
  • Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
  • Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia
  • Fungsi dan kuasa MASB;
o   Menerbit piawaian perakaunan baru
o   Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
o   Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
o   Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam 

b) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) - MICPA
  • Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
  • Untuk menjadi ahli MICPA;
1.Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
2.mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun. 


c) Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants)-MIA
  • Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
  •  Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
  • Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA)